Monday, September 27, 2010

Cinta Johan (2) 6

Kita, penghuni masa yang penuh kebahagiaan ini, akan menyaksikan gelapnya makam kebencian dan kesedihan, diganti dengan fajar kecintaan. Kita sedang menyaksikan bangunnya cinta dan kasih. Jangan dikira hal ini sebagai sesuatu optimistik yang melampau atau berlebihan, bukti dari pengetahuan akan hakikat yang pasti bersinar terang andainya cinta mula berdetik di hati! Jangan biarkan hiruk-pikuk politik negara, kekalutan masyarakat dan kekeliruan keluarga mengelabui kita untuk tidak melihat hakikat itu. Kehidupan akan maju, tidak akan mundur. Ia akan berkembang, tidak layu. Cinta menongkah segala halangan.
Cuba perhatikan fenomena-fenomena yang berlaku dalam hidup kita selama ini. Kita akan dapati bahawa cinta adalah asas kepada setiap perkembangan kehidupan yang maju.
  • Ingin bertemu wanita/lelaki yang dicintai, kita akan berpakaian terbaik dengan wangian dan solekan.
  • Mahu diziarahi sahabat yang dicintai, kita akan menghias rumah bagaikan menyambut raja.
  • Mencintai pekerjaan, kita akan tekun dan bersungguh-sungguh.
  • Mencintai isteri, kita akan menjaga hati, membelai dan tidak curang.
  • Mencintai undang-undang, kita hormati dan mematuhinya.
  • Mencintai guru, kita akan mengamal ajarannya.
  • Mencintai negara, kita tidak akan pernah terfikir mahu mengkhianati atau memberontak.
  • Mencintai kehidupan, tidak akan ada dalam kotak fikiran untuk mensia-siakan begitu saja.

1 comment:

  1. tuan, tuan sekarang kan dah berkahwin kan, tuan pun sudah mempunyai baby.. gambar awek lama tue buang aja la.. tuan masih ada hati lagi ka pada awek lama tuan tue.. kasian isteri tuan...
    saya peminat tuan, harap tuan tidak menghampakan saya..

    ReplyDelete

Amat menghargai pandangan anda..