Saturday, October 17, 2009

Depavali & Last Day of Aidilfitri 1430

Salam kenkawan,
Akibat dari kesibukan beraya di rumah-rumah terbuka, saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Namun raya 1430 sudah sampai di akhiran dan saya mengingati diri agar tidak ketelanjuran mengabaikan halaman ini yang mungkin hampir gersang. Sepanjang bulan Shawal 1430 ini saya menemui ramai kawan-kawan baru yang amat saya hargai. Masing-masing mempunyai kehidupan tersendiri yang unik. Ertinya masing-masing punyai masalah.... Alangkah Agungnya Allah SWT yang mencipta kita sebegitu rupa dengan kehidupan yang penuh dengan segala kemungkinan. Bayangkan bagaimana kehidupan kita jika segalanya PASTI! Keindahan hidup di dunia ini adalah terletak kepada ketidakpastian hari esok. Andainya kita mampu menelaah hikmah dari ketidakpastian ini, kemanisan hidup menjadikan kita lebih bertaqwa. Ketidakpastian, jika didalami bermaksud "freedom", "independence", "flexibility", "peace" dan "aku adalah aku". Kita tidak perlu hidup dengan bergantung kepada 'hasil' yang harus terjadi mengikut kehendak kita. Kita hidup dengan 'apasaja yang harus terjadi', kerana apa yang terhasil adalah sememangnya terbaik untuk kita. So, we FREE! Tidak perlu risau, bimbang dan takut menempuh esok. Allah mengurniakan hati, akal minda, jiwa dan roh adalah semata-mata untuk kita menerokai ketidakpastian. Bukannya meraba di dalam gelap serta ikut membuta tuli. Kita bukan disuruh mengikut gerombolan yang ramai andainya kurang pasti siapa yang harus diikut. Namun ramai dari kita lebih gemar menjadi pak turut kepada apa yang dibentangkan sejak sebelum mengenal huruf. Raya dah selesai, mari kita tempohi esok dengan lebih yakin sebagai seorang makhluk Allah yang tidak mengenal erti takut. Jadilah lelaki yang MEMIMPIN atau perempuan yang PENDORONG. Jika kehidupan kita berlaku sebaliknya, untuk apa kita hidup?