Thursday, January 27, 2011

Apa Ada Pada Harapan

Hari ini saya ingin bercakap tentang harapan....

Terdapat di antara kita yang hidup dengan harapan dan ada yang hidup dengan membina harapan. Apa maksudnya menjadi pembina harapan? Mereka yang membina harapan adalah pencipta keadaan, manakala mereka yang hidup dengan harapan adalah mereka yang berkeinginan dan menanti sesuatu berubah di masa hadapan.

Harapan adalah penting, kerana tanpanya hidup bagai tidak bermakna. Bagaimana pun, ada sisi gelapnya yang kurang dibincang oleh kita. Perbezaannya adalah dalam hal apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan dengan harapan.


Bagi kebanyakkan orang, harapan didefinasikan sebagai menanti seseorang, perkara atau situasi berubah untuk kita gembira atau memperolehi sesuatu yang diingini. Jika dilihat dari sudut ini, ia adalah sisi gelap dari pemikiran positif. Pemikiran positif jarang membawa kepada perubahan kerana ia aktiviti yang pasif. Dengan itu, harapan hanyalah sekadar "waiting game."

Kita selalu gagal memahami bahawa harapan hanyalah cebisan halus faktor untuk berjaya dalam hidup. Tanpa tindakan, harapan membawa kita berpusing-pusing dalam putaran negatif jangkaan, kekecewaan dan tersangkut di takuk lama.

Harapan hanya berlegar dalam angan-angan untuk perkara-perkara yang kita fikir kita belum dapat atau belum miliki. Sedarkah bahawa tenaga yang kita gunakan untuk berangan dan menanti 'harapan menjadi kenyataan' sebenarnya adalah penghalang kepada apa yang kita mahu.

Harapan umpama penjara. Berpegang pada kepercayaan bahawa 'tidak ada apa yang boleh kita buat', hanya tunggu dan lihat serta 'hope for the best.' Kamus tafsirkan 'harapan' sebagai 'keinginan kepada sesuatu berlaku sambil menjangkakan dengan yakin ianya akan berlaku.' Ini tidak lebih dari 'waiting game!'

Kita dilatih untuk bersabar dan menunggu. Tunggu bas, beratur dan tunggu di kaunter Giant, bank, pawagam, dsb. Di sekolah, tunggu nak masuk kelas, nak bercakap, dsb. Kita juga tunggu sampai makbapak, cikgu atau orang dewasa lain bagi kebenaran untuk kita buat apa yang kita nak buat.

Orang yang terlalu mengharap adalah orang yang tiada kuasa atau lemah (powerless). Kita sering boleh lihat paten orang yang lemah ini. Kenapa orang yang sibuk dan menghadapi banyak cabaran dalam hidup mampu menyempurnakan tugasan dan projek-projek hebat? Tetapi kenapa kita tidak mampu hadir temujanji tepat pada masanya? Kesesakkan jalanraya, anak buat perangai, kucing sakit dan bermacam alasan.


Andainya kita betul-betul mahu melihat kebenaran dalam perkara ini, kita akan nampak. Orang yang lemah (powerless) bijak mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh dilakukan sekarang, mereka lebih rela menanti!

Hahaha...