Friday, March 04, 2011

Keyakinan Cinta

A mind without LOVE is "stupid."




Kebenaran lambat laun akan muncul dan membebaskan kita. Tetapi sebelum itu, ia akan membuat kita sangat sangat marah.


Kenyataan tentang cinta di zaman kita ini telah banyak diherotkan.


Kita jalani hidup dengan pengetahuan yang kita tahu dan telah diajar. Tanpa sedar samada kita digunakan atau disalahgunakan oleh keadaan. Kesungguhan amat penting jika kita mahu hidup diluar realiti tersebut. Menyahkan segala pengetahuan dalam fikiran kita yang dianggap realiti selama ini.


Kita dicipta oleh Tuhan


Tuhan itu Maha Agung


Ciptaannya mesti sempurna


Kita memang sempurna


Ciptaannya bukan untuk 'experiment'


Ciptaannya atas dasar CINTA


Kita memang sempurna


Carilah kesempurnaan dalam diri kita


Buangkan tafsiran-tafsiran sebaliknya dari pemikiran


Kita adalah apa yang kita fikirkan....

Sunday, February 27, 2011

Cinta Johan 27 Feb 2011



Lebih baik bersama dengan orang yang akan mencintai kita kemudian,
daripada menjumpai seseorang yang berjanji akan mencintai kita,
tetapi kemudian meninggalkan kita.


Jangan memancing dengan umpan emas permata dan wang ringgit,
apabila kita kehabisan umpan,
kail tidak dipeduli lagi....


Takdir menentukan siapa yang datang dalam hidup kita,
tetapi hati yang menentukan,
dengan siapa kita bahagia!


Pagi ini,
aku mengatur perjalanan,
konon mencari bahagia....


InsyaAllah