Wednesday, July 20, 2011

Thinking That No Hope For Peace

"EITHER YOU'RE WITH US, OR YOU'RE AGAINST US."


Pemikiran begini adalah satu penyakit yang teruk yang dikenali sebagai, "hyperpartisanship"


Ramai pemimpin-pemimpin negara, politik dan wanita berpenyakit begini.


Andainya kita menyetujui apa yang dikata dan apa yang dibuat, maka kita telah menyebelah dan menjadi orangnya...


Tetapi, jika kita tidak bersetuju dan memberi pandangan lain,
kita dianggap penentang dan berada di pihak lawannya...


Bagi mereka semua orang salah kecuali menyertai pihak mereka dan bersetuju segalanya.


Mana mahu datangnya keamanan dan penyatuan andainya pemikiran ini digunapakai oleh ahli-ahli politik, pemimpin negara dan isteri2 kita?

Tuesday, July 19, 2011

DOA



YA ALLAH! RAHMATMU AKU HARAPKAN


JANGAN ENGKAU SERAHKANKAN AKU KEPADA DIRIKU,
WALAUPUN SEKELIP MATA


BAIKILAH UNTUKKU URUSANKU SEMUANYA


TIADA YANG DIABDIKAN DIRI MELAINKAN,
HANYA KEPADA ENGKAU YA ALLAH!


@ Doa ini adalah sebahagian dari Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud.

@ Hadith ini disabda apabila seorang sahabat datang mengadu kepada Rasulullah tentang kesukarannya.


@ Lalu Rasulullah berpesan berdoa sepertimana di atas.