Tuesday, July 06, 2010

Life Worth Living

Coretan saya sebelum ini bukan bermaksud menyokong para perokok, tetapi sekadar memberi pengiktirafan hak mereka sepertimana peminum arak, kopi, gula, pemakan daging, kaki merajuk, panas baran dan berbagai-bagai sifat, sikap dan perangai manusia. Lazimnya perokok dan peminum arak dianggap buruk dan hobi mereka dikecam, tidak pula kepada peminum kopi, gula, pemakan daging, garam dan pelbagai lagi yang juga memberi kemudharatan.
Alangkah baiknya jika kita merokok dengan berhemah. Ia itu dengan menjaga tingkahlaku dan sensitiviti orang sekeliling. Sebab itu dalam ruangan saya yang lepas, saya cadang disediakan lebih banyak bilik-bilik untuk merokok di kawasan awam. OKU boleh memaksa pihak berkuasa menyediakan bermacam-macam kemudahan untuk mereka, kenapa tidak perokok.
Jangan pula nak tunjuk samseng dengan merokok tempat-tempat yang dilarang merokok. Kalau kita mahu orang menghormati kita, kita terlebih dahulu perlu memberi penghormatan.
Apa-apa sekali pun, kita hidup di atas planet untuk manusia bukannya untuk malaikat. Jadi kita perlu bertoleransi sesama kita.
Wallahualam....