Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pejam celik pejam celik dah raya lagi. Amatlah bertuah kita kerana masih celik. Semasa celik kita telah banyak melakukan kesilapan dan dosa dengan sedar atau tanpa sedar. Sementara kita celik ni, baiklah kita berbanyakkan buat pahala untuk bekalan akhirat. Jadi sebelum kita pejam tak celik-celik lagi, saya mohon ampun maaf zahir batin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara saudariku yang sering celik singgah melayari blog ini. Moga kita tidak terus pejam dari pentingnya keharmonian hidup dengan adanya CINTA.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!