Tuesday, May 17, 2011

Fenomena 3


Wanita cantik ialah neraka bagi jiwa
Penyedut kandungan dompet
Mahligai hanya pada mata


Beri senyuman hanya sesaat
Tapi,
Ingatan kepadanya boleh kekal sepanjang hayat....

Monday, May 16, 2011

Fenomena 2

Sambungan....



Perempuan akan menyimpan tiga jenis shampo yang berbeza dan dua jenis conditioner di bilik mandi mereka. Setelah mandi, jangan heran bila bilik mandi akan berbau seperti ‘hutan tropika’.

Perempuan tidak mahu paham kenapa lelaki sukakan ‘sports’. Every ‘sports!’

Bila lelaki pergi ‘outstation’ untuk 7 hari, maka mereka akan membawa pakaian untuk 4 atau 5 hari dan akan memakai pakaian yang sama untuk beberapa hari. Tapi bila perempuan pergi ‘outstation’ untuk 7 hari, mereka akan membawa pakaian untuk 21 hari dan ditambah dengan ‘shopping’.

Perempuan akan digaji (dibayar) lebih murah berbandingkan lelaki dalam semua hal, kecuali ‘model’.

Perempuan tidak pernah ’salah’. Minta maaf adalah tugas lelaki. Hmm.. siapa sebenarnya yang merayu adam memakan buah khuldi..?

Perempuan tidak tahu apapun mengenai kereta, kecuali diperlukan kilang kereta untuk iklan.


Perempuan memiliki tempat tidur yang lebih baik dan tersusun dibanding lelaki, sSebab mereka berpikir dalam mimpi pun mereka perlu dipuji dan dipuja.

Jumlah rata-rata barang di bilik mandi perempuan adalah 437. Lelaki tidak akan dapat mengerti apa gunanya barang-barang tersebut.

Perempuan akan mengatakan bahawa mereka menyukai binatang yang lucu seperti kucing. Lelaki juga berkata yang sama, tetapi bila tidak berada di depan perempuan, lelaki akan menendangnya.


Perempuan sangat suka bercakap di telepon. Mereka boleh tinggal bersama kawan selama dua minggu, lalu apabila kembali ke rumah mereka akan menelepon kawan tersebut selama 3 jam.

Fenomena Pe'el Wanita


Perempuan adalah makhluk Tuhan yang sangat suka “shopping”. Sebab, dalam anggapan mereka, kedai, shopping mall, supermarket, atau pasar adalah tempat di mana mereka teruja dan merasa hidup amat bermakna serta terkawal (padahal mereka sangat “lost control” di tempat seperti itu).

Perempuan sangat menyukai segala hal yang bersifat “tawar-menawar”. Jadi, pertanyaan tentang ‘apakah itu diperlukan’ tidaklah relevan. Bagi mereka, segala sesuatu yang dijual dan ditawarkan ibarat sebuah permainan yang mengasyikkan dan adil.

Perempuan pada hakikatnya merasakan tidak memiliki pakaian untuk dipakai. Jangan bertanya tentang grobok baju yang sendat di rumah, biarlah kita buat-buat paham walaupun sukar.

Perempuan suka menangis. Dan mereka tidak akan menangis kecuali mereka tahu kita mendengarnya.


Perempuan akan selalu bertanya tentang sesuatu yang tidak mempunyai jawapan pasti. Ini adalah usaha mereka untuk membuat kita merasa bersalah.

Perempuan suka bercakap. Jadi, mereka akan selalu bercakap, berborak, karena diam sangat menyeksakan bagi mereka, walaupun mereka sebenarnya tidak ada sesuatu pun yang ingin dibicarakan.

Perempuan perlu untuk merasakan bahwa ada orang lain yang lebih ‘buruk’ dari mereka. Kerana itu Oprah Winfrey Show dan Rancangan Bersamamu TV3 sangat sukses.

Perempuan tidak menyukai serangga. Sekuat mana pun dia, masih perlukan lelaki apabila ada serangga muncul.


Perempuan tidak boleh menjaga rahsia. Seolah-olah bara api dalam perut mereka yang harus dikeluarkan segera. Malah merasa bukanlah ‘dosa’ bila membicarakan rahsia tersebut hanya kepada seorang dua.

Perempuan selalu ingin keluar berkelompok di depan umum. Ini memberikan mereka kesempatan untuk bergossip.

Perempuan tidak akan tahan untuk tidak menjawab telepon, walau apapun yang sedang mereka lakukan. Sebab mereka menganggap telepon itu sebagai pengumuman loteri dan mereka adalah pemenangnya (haha…).

sambung esok.... da ngantuk!