Friday, April 01, 2011

Realiti lwn Aktualiti

Hari ini polis mengesahkan bahawa video seks yang hangat diperkatakan di pasaran adalah tulen dan tidak diherotkan. Pengesahan ini dibuat setelah pakar-pakar teknikal tentang video selesai membuat analisis. Pengesahan ini semestinya akan dicabar kredibilitinya kerana yang dikatakan pakar itu semuanya orang Malaysia.

Setelah seminggu kes video sensasi ini berputaran di Malaysia, dunia dan alam maya, aku ambil keputusan untuk menarik diri dari memperkata, membincang maupun berfikir lagi tentangnya selepas ini. Aku mahu berehat, alasannya...


Aku sudah membentuk realiti dalam minda mengikut pengetahuan, pengelibatan, pengalaman dan kelembapan kritikal kepala otak ku. Realiti yang aku pegang tidak semestinya serupa atau sama dengan realiti yang ada dalam kepala otak orang lain. Aku tidak peduli jika ada orang yang mempertikaikan realiti aku kerana kita semua masing-masing punya hak untuk punyai realiti sendiri. Aku tidak sama sekali mempertikaikan realiti orang lain. Dengan itu kita semua haruslah menerima bahawa dalam kes ini, dalam hal-hal yang lain dan dalam kehidupan ini, realitinya adalah berbeza mengikut kepala hotak masing-masing.

Aku berfirasat, kes ini akan berlanjutan ke tahap yang lebih tinggi dan mampu mengubah situasi politik negara. DSAI tidak akan menyerang Eskay secara terang-terangan, tetapi meriamnya akan di hala ke arah TSRTC. YBJA akan perlahan-lahan diam dan mencari jalan penyelesaian untuk dirinya sendiri. DSL akan tetap dengan realitinya dan begitu yakin. Tindakan YBJA selanjutnya banyak bergantung kepada sentimen hubungan anak saudara, bapa saudara dan keluarga. Eskay yang selama ini selalu diperkudakan orang kenamaan akan mula naik tocang...

Zul, Gobala, Paniapan, Zahrein, Zaid, Ezam, Nalla sedang mengasah parang menanti masa melapah DSAI andainya beliau tersalah langkah menangani isu ini. Karpal, Kit Siang, Nik Aziz, Hadi, Nasaruddin mula mengatur altenatif tindakan selanjutnya andaikata keadaan menjurus kepada lubuk berduri...

Firasat ini terhasil dari keterlibatan menadah telinga di beberapa ceramah, majlis penerangan dan solat hajat berkaitan perkara ini beserta keterbukaan bloggers seperti kickdefella, novandri, rbfonline, alehkayong dan lain-lain yang berkongsi sumber.

rafiziramli

Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli, budak MCKK yang sangat bijak dan petah itu pun turut mem'blocked' akaun tweeter nya kepada semua bloggers setelah cubaan membuktikan 2 jam kehilangan DSAI dari medan siber memaparkan kedaifan minda mudanya.

Aktualiti?

Terdapat beberapa pihak yang pasti tahu... Pencipta setiap kejadian (Allah) dan orang yang terlibat secara lansung (karektor dalam video, orang yang mengatur acara, orang yang menemukan kedua-dua karektor, orang yang terakhir menutup pintu bilik dan orang yang menonton 'live camera' jika ada). Pemandu, jockey, pengawal, 'Font desk receptionist', bapak ayam dan orang yang mengawal camera litar keseluruhan hotel terlibat secara tidak lansung. Mereka ini hanya punyai realiti yang hampir dan bukan aktualiti. Telahanlah kita yang hanya mendengar melalui beberapa lapisan dan tapisan maklumat...

Aku mohon berehat untuk beberapa waktu untuk menenangkan kepala hotak ku yang sering sakit, ntah kenapa. Harap-harap aku masih waras apabila kembali menulis di sini...

Allahu Akbar!

No comments:

Post a Comment

Amat menghargai pandangan anda..