Thursday, June 25, 2009

Cinta Johan 9

Terbukti, runtuhnya Genghis Khan dan luhurnya Buddha. Tumbangnya bendera Napoleon Bonaparte dan berkibar panji Louis Pasteur. Hancurnya Hitler mensucikan Ghandi. Sejarah tidak berpihak kepada kekuatan dan kekuasaan (terutama yang korup dan zalim), tetapi pada jiwa-jiwa yang punyai harga diri memperjuangkan cinta dan kebenaran. Sejarah tidak lagi mengagungkan para pahlawan tentera atau politik, tetapi mengangkat para pahlawan dibidang kemanusiaan yang memerangi perpecahan untuk menyatukan umat manusia dari unsur-unsur perbezaan.
Sejarah tidak pernah menabur bunga di atas pusara mereka yang menindas sesama manusia, tetapi menyirami mawar pada pusara mereka yang mengorbankan jiwa demi kemanusiaan. Jika kita berkobar rasa cinta dalam hati demi orang lain, maka hati kita tidak akan dijadikan tempat penghinaan dan penentangan. Marilah kita belajar hidup bersama orang yang berjiwa besar dengan penuh rasa cinta.
Orang yang selalu ikhlas mencintai, tidak akan pernah menyerah kepada kemungkaran, tidak akan hancur dan tidak akan musnah.
• Orang yang menanam kebencian akan menuai permusuhan.
• Orang yang menyemai cinta pasti akan menuai kehidupan yang indah.
Takar ukuran tersebut benar-benar sempurna. Kedua-duanya tidak akan berubah walau apa pun terjadi. Ianya adalah Hukum Alam.

2 comments:

  1. si lebai malang.. mangsa cintaThursday, July 02, 2009 12:13:00 am

    assalamualaikum tuan.
    saya amat kagum terhadap pandangan tuan menilai erti cinta, tentu tuan bahagia dengan Cinta tuan.. tapi saya hanya menyintai pada orang yang entah kan cinta entahkan tidak.. kerana pada kata2 saja di mulut ada cinta.. namun perbuatan sebaliknya... ikhlas itu tidak dapat dilihat, hanya dapat dirasa...

    wasalam

    ReplyDelete
  2. Selagi kita tidak menerima kenyataan tentang hakikat dan makrifat kehidupan, ke mana kita berhijrah atau dgn siapa kita bercinta pun, situasinya akan tetap begitu.... Kita perlu menilai diri kita sendiri tentang apa2 yg terjadi...

    ReplyDelete

Amat menghargai pandangan anda..