Saturday, June 13, 2009

Cinta Johan 6

Kita, penghuni masa yang penuh kebahagiaan ini, akan menyaksikan gelapnya makam kebencian dan diganti fajar kecintaan. Kita sedang menyaksikan bangunnya cinta dan kasih. Jangan dikira hal ini sebagai sesuatu optimistik yang melampau atau berlebihan, bukti dari pengetahuan akan hakikat yang pasti bersinar terang andainya cinta mula berdetik di hati! Jangan biarkan hiruk pikuk politik mengelabui kita untuk tidak melihat hakikat itu. Kehidupan akan maju, tidak akan mundur. Ia akan berkembang, tidak layu. Cinta menongkah segala halangan.
Cuba perhatikan fenomena-fenomena yang berlaku dalam hidup kita selama ini. Kita akan dapati bahawa cinta adalah asas kepada setiap perkembangan kehidupan yang maju.
• Ingin bertemu wanita/lelaki yang dicintai, kita akan berpakaian terbaik dengan wangian dan solekan.
• Mahu diziarahi sahabat yang dicintai, kita akan menghias rumah bagaikan menyambut raja.
• Mencintai pekerjaan, kita akan tekun dan bersungguh-sungguh.
• Mencintai isteri, kita akan menjaga hati, membelai dan tidak curang.
• Mencintai undang-undang, kita hormati dan mematuhinya.
• Mencintai guru, kita akan mengamal ajarannya.
• Mencintai negara, kita tidak akan pernah terfikir mahu mengkhianati atau memberontak.
• Mencintai kehidupan, tidak akan ada dalam kotak fikiran untuk mensia-siakan begitu saja.

1 comment:

  1. sucinya pengertian cinta tuan.. saya amat kagum.. andainya saya bertuah memiliki kekasih dan cinta yang ikhlas dan suci itu, maka sayalah manusia paling bertuah... tapi apakan daya.. saya redha..

    elnahoj..

    ReplyDelete

Amat menghargai pandangan anda..