Wednesday, February 02, 2011

Freedom

Apabila kita boleh terima kehidupan ini seadanya tanpa bergantung kepada perkara-perkara yang belum sampai masanya dan mengelak daripada perkara-perkara yang masanya telah sampai, kita akan mengerti dengan mendalam erti kebebasan yang sebenar.

Definasi "freedom" dalam kamus Inggeris, 'The quality or state of being free; the absence of necessity, coercion or constraint in choice or action; liberation from slavery or restraint or from the power of others.'


Macamana kita nak definasikan kebebasan ke atas diri kita sendiri? Bebas dari cerita-cerita yang kita reka tentang diri sendiri, bebas dari kehidupan silam, bebas dari andaian 'sepatutnya begitu sepatutnya begini', bebas dari keinginan.

Saya sering lemparkan dalam blog ini tentang keupayaan kita buat pilihan. Kita tidak mampu mengawal situasi yang berlaku atau tindak-tanduk orang sekeliling kita, tetapi kita boleh memilih bagaimana bertindakbalas (react) kepada mereka. Walau seberat manapunlah keadaan situasi yang berat itu, masalahnya bukanlah situasi itu, tetapi bagaimana kita 'react' menanganinya. Pernahkah kita membuat keadaan menjadi lebih teruk dengan 'overreacting'? Keadaan mungkin akan sebaliknya jika kita tidak 'overreacting' dan menerima situasi tersebut kerana sememangnya telah sampai masa situasi itu berlaku.

Apa yang saya sering perkatakan di sini, setiap perkara yang berlaku adalah perkara terbaik sepatutnya berlaku.

Ini bermakna apa yang kita rasa, bukannya bergantung kepada situasi atau faktor luaran. Bukannya bergantung kepada masakan isteri, kekasih yang cemburu, anak-anak selerakkan rumah, kawan merajuk atau siapa menang pilihanraya. Perasaan kita 100% ditentukan oleh kita sendiri, apa yang kita percaya, fikir, jangka dan andai. Tiada siapa dan tiada apa yang harus kita salahkan - dalam setiap keadaan. Tiada siapa yang buatkan kita tidak gembira - kita yang buat. Tiada siapa yang buatkan kita bahagia - hanya kita yang mampu. Pilihan kita - senantiasa.

Apabila kita boleh tetap tenang dan seimbang, biar apapun berlaku sekeliling kita, bila mana kita dengan waras membuat pilihan, pastinya keadaan tidak akan boleh menentukan apa yang kita patut rasa. Kebebasan akan muncul memberi kekuatan.

Rasanya penerangan di atas agak berbelit. Tetapi andainya kita dengan rela terima kehidupan ini seadanya, tanpa 'judgement', tanpa letakkan label, tanpa prasangka, tanpa persepsi, terima semuanya apa yang kita dapat dan tidak memaksa apa yang belum dimiliki, barulah kita benar-benar BEBAS!

Sambil meneruskan kehidupan hari ini, renung-renunglah cara mana untuk membebaskan diri kita.

p/s Mazid, Hj Shah, Hj Chon, Hj Lan, Mahathir, MNG, Kak Yon, Somphong & Ena Brunei sila maklumkan andainya posting blog saya mengganggu ketenteraman inbox tuan2 dan puan2 terutama blackberry, saya akan segera keluarkan dari my blogging list. TQ

No comments:

Post a Comment

Amat menghargai pandangan anda..