Thursday, December 03, 2009

Be With Me 10

  1. Aku telah terbang sendirian, Melepasi atap awan.
  2. Aku telah berjalan, Di lorong gelap pekat, Dalam gua bumi.
  3. Aku telah menjamah, Juadah mistik, Bersama para pendita.
  4. Aku telah mendengar, Kesakitan perempuan bersalin.
  5. Aku pernah didamba, Sebagai guru.
  6. Aku pernah dinafikan, Harta milikku.
  7. Aku pernah mendengar, Dentuman guruh dirembang hari.
  8. Aku pernah melihat, Sentuhan terakhir Malaikat Maut.
  9. Aku mematuhi, Peraturan permainan, Yang ditentukan Tuan.
  10. Walau aku kekadang, Tidak faham permainan.
  11. Kalau diingat, Aku telah menang, Banyak piala.
  12. Aku sebenarnya pernah, Mempunyai wajah, Tanpa NAMA!

3 comments:

  1. tq v much for all ur gift and kindness.. only Allah knows.. SWILY, only Allah knows... TQ vm

    ReplyDelete
  2. You hv a gift with words that touches and move people. Keep writing.

    ReplyDelete
  3. chief surveyor John...
    Hang bukan setakat surveyor yg aku kenal malah la ni hang berbakat dalam blog..
    good movement..
    regard
    asrol(budak ismail machap highway)
    asrolakmal@crbenv.com

    ReplyDelete

Amat menghargai pandangan anda..