Wednesday, June 03, 2009

Mulanya Cinta Harmoni

Tujuan asal mengaktifkan blog ini sememangnya untuk membicarakan tentang cinta. Cinta yang dimaksudkan adalah cinta harmoni. Tulisan yang akan dipaparkan di sini mulanya adalah cadangan penghasilan sebuah buku. Mungkin 'stim' saya untuk menulis buku telah menurun akibat dari putaran alam tidak sepertimana keinginan di hati. Royalti tidak dibayar, cetakan bermutu rendah, penerbit menghilangkan diri dsb. Tapi itulah alam yang sempurna ini, setiap kejadian berlaku kerana ianya mesti berlaku samada kita suka atau tidak. Alam akan terus berfungsi mengikut 'hukum'nya tanpa terpengaruh oleh apa-apa. Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi dan semuanya mengandungi hikmah. Jadi mulai sekarang saya ambil keputusan untuk berkongsi dengan para sahabat secara percuma... Samada tulisan saya ada isi atau tidak, itu terserah kepada para sahabat untuk mentafsirinya.
Takziah untuk sahabat karib saya, Encik Mohd Azhar Zamri dan keluarga di atas pemergian bapanya yang tercinta pada pagi ini. Semoga rohnya bersama para Muslimin yang terdahulu. Saya sempat menziarahinya di perkuburan dan makin mengerti tentang kehidupan dan konsep 'Total Acceptance'. Kepada sahabatku (Matzad), hikmah Allah tidak terhingga jika kita meyakininya!.

2 comments:

  1. alhamdulillah.. jagalah anak2 tuan itu dengan sebaik2nya, itu amanat Allah.. jangan sampai jadi macam saya.. impian musnah, menghancurkan harapan ibubapa hanya kerana CINTA.. CINTA selama 11 tahun... CINTA yang entah ke mana dan entah apa jadinya.. jagalah anak2 tuan itu... semoga tuan bahagia bersama mereka, saya doakan tuan selalu makmur.. amin.. Allah maha penyayang..

    ReplyDelete

Amat menghargai pandangan anda..