Monday, June 01, 2009

Cinta yang belum kesampaian

Salam untuk semua sahabat. Maaf jua ku pinta andai permulaan blog ku menyakitkan hati. Hampir setahun lamanya Cinta Johan tersadai tanpa digilapi dengan bunga-bungaan, tanpa dibelai dan tanpa disiram haruman. Apakan daya tuntutan hidup mengheretku ke lembah yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Cintaku longlai layu tanpa perhatian. Pengembaraanku ke lembah nestapa sudah berakhir, kini aku tiba di permatang yang indah dan permai. Mungkin di permatang ini Cinta Johan akan bersemi kembali setelah sekian lama terdamba. Aku tahu dan yakin Tuhan Maha Penyayang. Setiap dugaan yang aku tempuhi adalah kerana Dia sayang padaku. Dia tahu, dugaanNya akan termampu ditanggung olehku. Dia tidak akan sekali-kali memberi dugaan yang tidak tertanggung. Aku sedar akan Maha Pemurahnya Dia serta Maha Bijaksananya Dia. Dia tahu akan segalanya, fikiranku, hatiku dan tingkahku. Maka sekarang baru aku sedar bahawa; "Setiap yang berlaku adalah perkara terbaik yang sepatutnya berlaku." Harap-harap sahabatku semua akan menjengok sekali sekala ruang sunyi Cinta Johan ini agar tercuit semangatku untuk terus berkarya bersama. Salam Sayang....

1 comment:

  1. Allah maha penyayang dan maha adil... Allah tempat meminta.. saya hilang arah kerana CINTA manusia.. manusia selalu lupa, lalai, curang.. saya yakin Allah maha berkuasa... manusia hanya akan mensyukuri sesuatu itu apabila telah kehilangan nya..
    begitu juga CINTA, ketika ada.. kita tidak peduli.. ketika hilang barulah sedar kebaikanya..

    ReplyDelete

Amat menghargai pandangan anda..