"There is more to life than increasing its speed." - Ghandi
Basikal Tua |
Kekadang terasa yang kita menjalani kehidupan dengan tergesa-gesa atau kelam- kabut. Terdetik di hati inginkan keadaan lebih tenang, mudah dan masa terluang. Atau dalam perkataan Inggeris disebut 'simple.' Boleh ke?
Selalunya kita diusul, diasak dan dipaksa untuk tidak hidup dengan 'simple.' Setiap hari kita dilayurkan dengan aliran maklumat di hujung jari, di ekor mata dan di liang telinga bahawa kita perlu memiliki lebih banyak benda dalam hidup ini bagi menampakkan lambang kejayaan. Cara dan gaya hidup perlu diselaraskan dengan kerjaya, pangkat atau persekitaran masyarakat. Kepala otak kita dipenuhi dengan pilihan-pilihan dan keputusan-keputusan yang perlu segera dibuat.
Sehari semalam tetap 24 jam untuk planet bumi ini. Kesuntukan masa inilah yang membuatkan kita terkejar-kejar di dalam putaran kehidupan seharian. Sebenarnya, apa yang dikejar? Entah!
Manfaatnya amat tinggi andainya kita dapat perlahankan serta permudahkan hidup ini, walaupun sekali sekala.
"Simplifying Our Life" - dalaman dan luaran - dapat mencipta ruang dan masa dalam hidup seharian ke arah lebih harmoni dan tenang. Terdapat banyak cara untuk permudahkan hidup ini.
Menurut Wikipedia, "Simplicity is the property, condition or quality of being simple or un-combined. It often denotes beauty, purity or clarity. Simple things are usually easier to explain and understand than complicated ones. Simplicity can mean freedom from hardship, effort or confusion. It can also mean adopting a simpler lifestyle."
1. Hadkan perkara atau benda yang kita perlu dan dambakan.
2. Luangkan lebih masa bersama alam semulajadi, daripada kompleks beli-belah.
3. Bersihkan hati dan minda dengan mendalami Agama.
4. Makan berpada dan untuk sihat.
5. Putuskan perhubungan yang 'complicated' dan terlarang.
6. Lepaskan kebimbangan tentang masa depan dan tumpukan 'saat ini.'
Apa lagi yang boleh kita lakukan atau berubah untuk mempermudahkan hidup yang kalut ini?
Tapi saya tahu, anda semua bahagia! Hanya saya yang kalut...
No comments:
Post a Comment
Amat menghargai pandangan anda..