Assalamualaikum!
Setelah sekian lama menyepi, tergerak hati untuk mengemaskini lembaran ini setelah salah seorang anak saudara memuji kandungan blog. Banyak yang hendak dipaparkan, tetapi biarlah yang baik-baik saja.
- Perbankan Internet RHB telah bertukar dari www.rhbbank.com.my ke www.rhb.com.my dengan moto 'for a simplified Internet Banking experience' atau 'untuk pengalaman perbankan Internet yang semakin mudah.' Tetapi pengalaman saya amat merumitkan. Hingga sekarang masih belum dapat menukar password.
- Hujan mencurah di sana sini bagai mahu menyejukkan Malaysia. Banjir di Kedah, Penang, Perak Utara, Pahang, Trengganu dan Kelantan umpama acara pesta tahunan, tiada apa yang nak ditakutkan.
- Filem '2012' telah ditayangkan. Dunia mahu kiamat, Amerika tetap hero.
- Chua Soi Lek memegang watak hero semula. Gah dikatil gah di padang.
- PKFZ mula senyap.
- Liverpool kalah lagi dan Chelsea menang lagi.
- Alza umpama 'streched MyVy.'
- Murugiah kata 'piirah!' pada Kayveas.
- Broker tanah, pasir, projek dan politik berkeliaran.
- Pendapatan perjudian Magnum, TOTO dan 1+3 jatuh 30%. Penjudi tak cukup duit nak berjudi.
- Telcos tidak bertanggungjawab terhadap sms yang dicaj kepada pengguna tanpa rela oleh penyedia perkhidmatan. Sapa yang bertanggungjawab?
- Wang Ehsan untuk Kelantan. Royalti minyak?
- Korban! Berapa ekor jadi ukuran. Najib korban 483 ekor lembu untuk Parlimen Pekan. Hebat dari King Saudi.
- Masjid Negara nak hantar daging korban yang ditinkan kepada rakyat Palastine. Lembu Australia, sembelih di Australia, bawa balik ke Malaysia, ditinkan di Trengganu. Hebat Imam Besar Masjid Negara.
- No evidence of penetration oleh Pak Sheikh walaupun DNA dia ada kat luar bunt**
- Mekkah hujan, Jeddah banjir.
- Dubai World default payment of USD60billion.
- Nik Azizi doa Najib mati. Jadi model untuk iklan ubat Permata Hijrah.
- Kickdefella kena kick dari PMBK.
- Amptuan Mindanao bunuh 30 wartawan dan orang awam mengiringi calon yang hendak mendaftar untuk bertanding melawannya.
- DYMM SPB Agong, bedah lutut di German.
- Orang Cina tak puas hati dan nak tuntut hak dia, orang India tak puas hati dan nak tutut hak dia juga, Melayu rileks.. biaq pi!
- Ibadah Haji telah selesai.
- Aku adalah aku!
No comments:
Post a Comment
Amat menghargai pandangan anda..