Saturday, January 15, 2011

Look For Good Things!

Salam kawan2...

Cuba lihat orang yang bahagia dan gembira di sekeliling yang kita kenal, kita akan perasan satu perkara.

Mereka tidak hidup santai bersenang-lenang dalam keadaan semuanya mudah.

Orang yang bahagia dan gembira selalunya "struggled" dan hadapi dugaan menggunung lebih dari kita.

Tapi dalam proses itu, mereka belajar melihat dan mencari PERKARA2 BAIK dalam kehidupan.


Dan pernah tak kita perasan ini...

Apabila kita berniat baik mencari perkara baik dalam setiap situasi - atau orang - kita AKAN jumpa.

Apabila kita hasad mencari perkara buruk - kita AKAN jumpa.

Jadi, bukannya dengan mengubah situasi atau orang yang buatkan kita gembira dan bahagia.

Tapi, cara PEMIKIRAN kita!

Jikalau kita hanya mencari kesalahan dalam pekerjaan, mak mertua, isteri atau negara...

Banyak yang kita boleh kesan.

Ramai dari kita yang hidup hanya melihat kepada kesalahan, kesilapan dan lepas itu berkata, "Itu kenyataan, I'm just being REALISTIC!"

Itu bukan kenyataan.

Itu bukan REALISTIC.

Itu NEGATIF!

Orang yang bahagia dan gembira senantiasa menanyakan diri mereka,

"Apa pengajaran yang BAIK dari situasi ini?"
(What is good about this situation?)


Contoh:

Tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Tanya diri, "Apa yang baik tentang situasi ini?"
@ Ada masa dengar lagu/CD/radio yang disukai.
@ Merancang sesuatu apa yg nak buat lepas ni.
@ Lebih baik dari berjalan kaki atau naik basikal.

Contoh:

Kekurangan duit (biasa tu!) "Apa yang baik dengan tak ada duit ni?"
@ Belajar hargai perkara-perkara yang 'money can't buy.'
@ Lebih berusaha untuk berjaya.
@ Mengenali siapa sahabat sebenar.


Kita mungkin berkata, "Mengarutlah, itu tipu diri sendiri."

Tidak juga!

Mencari dan mengharap kepada perkara baik adalah kunci kepada kegembiraan.

Jadi, misi kita untuk 24 jam ni adalah,

Dalam apajua situasi, lihat kepada PERKARA2 BAIK.

Mungkin agak sukar di peringkat awal, tapi lama kelamaan ia menjadi otomatik.

Sambil membentuk pemikiran 'lihat yang baik' supaya menjadi 'habit', kita akan bertambah gembira dari masa ke semasa.

Monday, December 13, 2010

Bad News

Salam semua kawan-kawan….

Maafkan saya jika apa yang akan diperkatakan ini nampak macam tidak masuk akal. Walaupun begitu, izinkan saya mengenengahkan pendapat bahawa ada kemungkinan kita semua sekarang ini telah di ‘brainwashed’ dan tanpa sedar bertukar menjadi musuh paling besar kepada diri kita sendiri.

Kenyataannya, keadaan inilah yang sedang terjadi ke atas berjuta manusia dan keberangkalian yang tinggi kita juga adalah antara mereka.

Apa yang saya bicara ini adalah tentang program ‘subliminal dan subconscious’ yang dialami setiap hari. Program yang ditanam ke dalam minda separa sedar tanpa pengetahuan kita.

Saya tidak mengusulkan bahawa ianya adalah satu konspirasi terancang untuk memprogramkan minda kita. Malah mereka yang menyebarkan mesej-mesej negatif ini juga tidak tahu apa yang mereka buat.

Masalahnya, kita amat terdedah kepada virus-virus minda ini dan kemungkinan kita dijangkiti adalah tinggi. Contohnya seperti kita terdedah kepada sisa kumbahan yang menyebabkan kita terkena berbagai kuman, bacteria, kulat dan berjenis penyakit. Membiarkan minda kita begitu terdedah kepada media-media akan membuatkannya dijangkiti banyak virus-virus perosak. Negara, syarikat dan masyarakat berbelanja berjuta ringgit untuk mempertahankan kita dari virus-virus biologi dan computer. Namun virus yang menjangkiti minda adalah lebih mudarat dan bahaya.

Salah satu cara yang boleh kita buat untuk mengelak dari virus minda ini ialah dengan berhenti dari mengikuti berita. Jangan tonton TV, jangan dengar ‘bualan’ radio, tinggalkan akhbar dan majalah yang ada berita di dalamnya.

Kenapa?

Kerana mereka berniaga mengaut keuntungan dengan menjual kerisauan, kebimbangan, kelemahan, keburukan, jenayah dan segala macam perkara negatif. Mereka faham bahawa hanya berita-berita negatif yang mendapat sambutan dan boleh dijual.


Bukalah kebanyakan akhbar, apa yang kita lihat 90% atau lebih adalah berita buruk dan negatif. Peratusannya tidak jauh beza dengan TV atau radio. Adakah anda percaya ianya amat penting untuk kita tahu berapa rumah yang terbakar, berapa orang kena ragut atau dirompak di Kuala Lumpur, Alor Setar atau di negara lain? Perlukan kita disogok dengan keadaan ekonomi setiap hari? Terdedah dengan semua berita-berita dalam perspektif negatif akan menciptakan pandangan negatif terhadap kehidupan dunia dan membentuk paten pemikiran yang negatif juga.

Semestinya ada yang berkata, “Bagaimana nak mengetahui jika berlaku trajedi dunia atau bencana menghampiri atau pengganas sedang menyerang jika tidak membaca berita? Percayalah! Kita akan tahu tentang semua perkara penting yang kita perlu tahu. Hadapilah kenyataan bahawa majoriti kawan-kawan, jiran dan saudara-mara mengikuti serta membaca berita untuk kita. Tidak mungkin kita mampu mengelaknya 100% kerana sekarang ini semua restoran, kedai, bas dan dataran dilengkapi TV sepanjang hari. Jadi, apabila ada sesuatu perkara besar berlaku, kita akan mengetahuinya.

Tanamkan semangat bahawa kita tidak mengikuti berita hanyalah kerana tidak mahu didedahkan dengan perkara-perkara buruk. Hidup kita hanyalah untuk mencipta perkara-perkara baik. Cuba elakkan berita-berita media dari hidup kita selama 30 hari dan lihat apa yang saya maksudkan.

Tuesday, November 23, 2010

Playboy 1962

Kadang-kadang gambar lama lebih mengujakan dan artistik jika dibandingkan dengan gambar-gambar zaman sekarang yang didakwa punya nilai seni yang tinggi.

Monday, November 15, 2010

Bencana & Hikmah

Bertanggungjawab! Tidak menyalahkan orang lain (juga diri sendiri), alam semesta atau Tuhan jika ketika ini keadaan tidak seperti yang kita inginkan. Kita perlu berkemampuan dengan kreatif menangani sebarang perkara yang kita anggap sebagai masalah dan mengubahnya menjadi benih-benih peluang.


Kesedaran ini akan memungkinkan terciptanya sesuatu yang baru atau terhasil situasi yang lebih indah. Terdapat banyak perkara yang dilalui dalam kehidupan ini yang mana pada permulaannya dianggap sebagai mengganggu, tetapi akhirnya menjadi guru dan penawar untuk kita terus berkembang maju.

Sekiranya kita sedang mengalami kepayahan, kesukaran dan kesempitan hidup, ingatlah kenyataan ini: 

"Ketika ini memang seharusnya begini kerana itu yang terbaik."

Terdapat makna yang tersembunyi dalam ungkapan tersebut untuk kita meneruskan hidup. Setiap kejadian yang diizinkan Tuhan untuk berlaku adalah sempurna tanpa cacat cela kerana Tuhan Maha Agung, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui..... Tetapi kita hanya gemar melihat kesempurnaan Tuhan dari keindahan. Keindahan matahari terbit dan terbenam, panorama pantai, kicauan burung, tawa riang, nyaman udara, kekayaan harta benda, ......... Jangan terlepas pandang, bencana alam banjir, gunung berapi, tsunami, gempa, kebuasan harimau, kelaparan, kemiskinan, ...... ada kesempurnaan! Itu tugas kreativiti kita untuk mencungkil dan mencari kesempurnaannya.
Ramai manusia hebat yang pernah kita kenali bukannya lahir dari mereka yang menyelusuri pantai melihat panorama, mengejar rama-rama di taman, atau bersukaria dengan harta keturunan, tetapi mereka muncul dari kepayahan hidup yang dilalui. Mereka dengan sabar mencari kesempurnaan ciptaan Tuhan dalam bencana, dalam kekalutan, dalam keperitan dan dalam segala macam dugaan. Mereka menerima seadanya dan memahami bahawa alam berfungsi atas dasar harmoni demi untuk keseimbangan.

Bersih hati tanpa ada hasad dengki!

Friday, October 22, 2010

Selingan Cinta

Hadirnya dalam hidupku
Tanpa duga tanpa pinta
Resah gelisah
Pintu hatiku diredah
Tanpa sedar aku izinkan

  
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Tika bahagia mula menjelma
Keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan tawa
Namun aku tidak sempurna

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Akhir hayat bersamamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Cinta
Aku rasa indah