Monday, March 28, 2011

Cinta Sentiasa Ada

Pada saat ini kita berada di sini
Tidak tahu pasal besok...

Walaupun kita jumpa atau tidak
Walaupun kita hidup atau tidak...

Cinta sentiasa akan ada di sini
Bumi dan awan akan ingat

Sunday, March 27, 2011

6 Perkara Membuat Wanita Tergoda

Ketampanan bukan satu-satunya faktor yang membuat wanita jatuh cinta pada lelaki. Ada banyak hal lainnya yang membuatkan wanita melutut pada mereka. Seperti rencana Times of India, ada 6 perkara membuat wanita tergoda.



Penampilan Diri
Setampan manapun pria, namun jika dia tidak merawat diri, ketampanan itu tidak dilirik sama sekali oleh wanita. Sama seperti lelaki, wanita pun suka dengan orang-orang yang tampil bersih dan kemas. Wanita percaya jika lelaki mampu menguruskan dirinya sendiri, dia pun mampu menguruskan pasangannya. Jadi untuk para lelaki, berhentilah tampil dengan baju yang selekeh, rambut serabut, kuku hitam dan bau badan tengit.

Sense of Style
Tidak perlu mengikuti gaya berpakaian David Beckham atau Robert Pattinson untuk tampil stylish. Wanita suka kepada lelaki yang pandai mengadaptasi gaya tertentu yang menjadikannya kelihatan unik. Untuk para lelaki, setidaknya mereka tahu apa trend yang paling terkini. Jangan sampai terjebak pada gaya yang gitu-gitu saja selama bertahun-tahun.

Humor
Lelaki dengan selera humor disukai ramai wanita. Mengapa? Karena wanita sudah punyai cukup masalah dalam hidup mereka dan tidak ingin ditambah dengan masalah lain. Saat stress, wanita ingin ditemani pasangan yang boleh membuat mereka tertawa.

Perhatian
Wanita perlu terus diyakinkan andainya mereka dicintai dan disayangi. Ada banyak cara untuk menunjukkan perhatian dan menunjukkan rasa sayang tersebut, misalnya dengan memimpin tangan ketika menyeberang jalan, memeluknya sesekali, memastikan dia sudah sampai dengan selamat di rumah, dan lain-lain. Perlu diingat untuk para lelaki, tidak menunjukkan rasa sayang tersebut secara terbuka, persepsi wanita membawa erti anda malu dan tak ingin bersamanya. Namun jangan sampai menunjukkan rasa sayang itu secara berlebihan dan mengada-ngada, apalagi di depan umum tapi tidak di belakang.

Senyum & Tatapan Seksi
Kenapa wanita tergila-gila pada Richard Gere atau Jude Law? Tidak lain karena kedua aktor tersebut bisa memberikan senyum dan tatapan yang dianggap para wanita amat seksi. Saat lelaki senyum kepada pasangannya, wanita akan merasa diri mereka istimewa.

Ketenangan

Ada beberapa wanita yang mudah panik saat menghadapi situasi tertentu. Saat itulah si lelaki macho dengan penuh ketenangan datang memberikan penyelesaian. Lelaki yang justru semakin menambah masalah tentu tidak akan membuat wanita semakin cinta padanya.

Saturday, March 26, 2011

Bersediakah Kita?

Aku tidak mahu hipokrit dengan bertanyakan soalan yang sering ditanya orang. Soalan yang tidak banyak membawa makna. Soalan yang agak melugai didengar dan mengada-ngada....


Bersediakah kita bertemu Tuhan? Bersediakah dengan bekalan akhirat?




Soalan yang akan dipandang sepi, bukannya didengar, kecuali....


Penyakit bertandang


Umur sudah senja


Bencana menyergah!


Soalan yang ingin aku tanyakan....


Bersediakah kita jika bencana menyapu bersih segala yang ada di sekeliling?




Mampukah kita, berdayakah kita meneruskan hidup sepertimana Adam & Hawa tiba dari syurga dahulu?


Survival! Tanpa makanan, pakaian, rumah, kereta, bank mahupun kerajaan....


Api perlu dinyalakan dengan batu, garam dari laut, berteduh di gua, malah wang tiada nilai...


Relakah melihat anak-anak kelaparan bogel?


Lihat diri sendiri, dengan skil yang dimiliki sekarang, berupayakah kita?


Dont take for granted it wont happen!






Bersedialah.....

Friday, March 25, 2011

Melugai

Tiada niat pun aku aktif blogging untuk menghantam sesiapa.


Niat awal hanyalah untuk fokus kepada CINTA.


Apa agaknya yang telah terjadi?




Mungkin dunia sudah dipenghujung....


Gempa berlaku lagi beberapa minit lalu di Myanmar.


Malaysia?


Masih sibuk dengan video sex DSAI, RCI Beng Hock, Nazri vs MCA, Datuk T disoal 5jam, etc etc etc


Nampaknya, CINTA sudah luntur di Malaysia.


Aku tak mampu lelapkan mata.


Sel-sel otak bercelaru....




Sunyi


Duit


Anak-anak


Kahwin


Business


Oh...




Politik Malaysia?


Apa Najib buat?


Dah melugai...


Baca sendiri, Klik sini

Wednesday, March 23, 2011

Tenangkan Diri - Pikirkanlah

Kebanyakkan kita ditakdirkan lahir dalam keluarga Melayu dan sudah tentu Islam.

Alhamdulillah, Allah Maha Agung Maha Mengetahui mengurniakan anugerah paling tinggi kepada kita....

LAHIR SEBAGAI ISLAM!

Belum tentu kita akan kembali kepadaNya sebagai Islam.

Aku percaya bahawa keimanan orang Melayu terhadap Islam amat tinggi. Biarpun sejahil mana, sejahat mana, seputar alam mana, kaki botol, kaki pompuan, perompak, pembunuh, perogol, penzina, peragut, penagih.... Iman mereka tetap teguh. Ini dapat dibuktikan dalam banyak insiden. Contoh, andainya masjid dibakar, Islam dihina atau bangsa agama lain mempermainkan Islam, merekalah orang pertama yang keluar membawa senjata mempertahankan Islam.


Aku tidak hairan tentang keimanan orang Melayu di zaman kita ini, tetapi kegusaran aku bersandar dari pengalaman lalu... Semasa remaja sebagai Melayu Islam di kala usia kita belasan tahun, duapuluhan dan awal tigapuluhan, banyak perkara mungkar yang kita lakukan tanpa rasa was-was. Minum arak, pergaulan bebas, zina, judi dan berbagai lagi...

Alhamdulillah kita masih Islam, walaupun terlalu banyak perkara mungkar yang mungkin telah kita lakukan. Ada dosa kecil dan ada juga dosa besar, namun kita tetap Islam kerana semua dosa-dosa tersebut boleh diampuni oleh Allah jika kita bertaubat. Hanya satu dosa yang tidak diampuni Allah, SYIRIK! Sudah tiada jalan pulang... Umpamanya jika kita dahulu terjebak dengan dadah, kita sekarang sudah tidak berguna kepada keluarga, masyarakat dan agama.

Kebimbangan aku tentang Al-Kitab - Berita Baik, Bible Kristian berbahasa Melayu ini ialah kecenderungan remaja kita mentelaahnya dengan sifat ingin tahu sepertimana kita dahulu mencuba berbagai perkara mungkar. Janganlah membiarkan anak-anak kita terdedah kepada perkara yang boleh memesongkan akhidah dan hati terdetik untuk mensyirikkan Allah SWT.

Bertegaslah seperti mana ibubapa kita dahulu bertegas dengan kita dalam soal fardhu ain, akhidah dan moral.

Kita adalah penjaga dan pendokong agama Allah ini, perlulah mengambil tindakan yang proaktif. Bukan setakat membiar anak-anak menggunakan akal bijak mereka memilih yang terbaik. Sedarlah bahawa minda remaja sekarang lebih canggih dari minda kita dahulu, tetapi pandulah mereka ke landasan yang betul.

Tindakan membiarkan mereka membuat pilihan sendiri adalah satu tindakan yang amat bahaya kepada keturunan kita akan datang.

Allah is the only 'Great Keeper', namun usahlah kita hanya memeluk tubuh apabila agamaNya di ancam.