Tuesday, July 13, 2010

Putrajaya Flowers Fest

Sambil pusing-pusing dengan anak-anak, tersinggahlah di Putrajaya Flowers Fest di Precint 2 pada malam 11 July yang lalu. Surprisingly dibuka sampai pukul 12 tengah malam. Kami sampai dalam pukul 11 malam yang mana orang dah mula berkurangan.
Pada pandangan saya pesta bunga ini memang hebat dengan penyertaan berbagai pihak mempamirkan kreativiti masing-masing. Cantik-cantik dan amat terpesona!
Tetapi dari segi impak dan pulangan pelaburannya, entahlah...

Monday, July 12, 2010

Sunday, July 11, 2010

Friendship Without Motives?

Kewujudan kita di atas muka bumi ini bukan sekadar mainan Tuhan atau kerana evolusi tanpa penghujung. Sememangnya kehidupan kita bermotif dan bukan kosong. Apakah motifnya?
Hanya kita yang tahu apa motif kewujudan di dunia ini. Kehidupan seharian kita penuh dengan motif yang berbagai-bagai. Namun yang kita sering nampak hanyalah motif orang lain dari tingkah laku mereka yang kita andaikan.
Pernahkah kita mempersoal motif kita sendiri? Semestinya motif kita adalah yg terpenting di alam maya ini, punyai alasan munasabah dan harus diterima Tuhan dan semua makhluk. Motif orang lain hanyalah untuk kepentingan mereka sahaja untuk mencapai apa yg diingini. Motif kita lebih holistik dan yg pentingnya, Tuhan merestui motif kita!
Itu kata dari hati dan akal kita...
p/s - sekali sekala lihat dari dalam diri sendiri mampu beri kebahagiaan.

Tuesday, July 06, 2010

Life Worth Living

Coretan saya sebelum ini bukan bermaksud menyokong para perokok, tetapi sekadar memberi pengiktirafan hak mereka sepertimana peminum arak, kopi, gula, pemakan daging, kaki merajuk, panas baran dan berbagai-bagai sifat, sikap dan perangai manusia. Lazimnya perokok dan peminum arak dianggap buruk dan hobi mereka dikecam, tidak pula kepada peminum kopi, gula, pemakan daging, garam dan pelbagai lagi yang juga memberi kemudharatan.
Alangkah baiknya jika kita merokok dengan berhemah. Ia itu dengan menjaga tingkahlaku dan sensitiviti orang sekeliling. Sebab itu dalam ruangan saya yang lepas, saya cadang disediakan lebih banyak bilik-bilik untuk merokok di kawasan awam. OKU boleh memaksa pihak berkuasa menyediakan bermacam-macam kemudahan untuk mereka, kenapa tidak perokok.
Jangan pula nak tunjuk samseng dengan merokok tempat-tempat yang dilarang merokok. Kalau kita mahu orang menghormati kita, kita terlebih dahulu perlu memberi penghormatan.
Apa-apa sekali pun, kita hidup di atas planet untuk manusia bukannya untuk malaikat. Jadi kita perlu bertoleransi sesama kita.
Wallahualam....

Thursday, June 10, 2010

Smoking Makes Life Worth Living

Jika perokok 'selfish' kerana menghisap rokok, bukan perokok juga 'selfish' kerana tidak mahu memahami keperluan perokok. Semua manusia punyai kelemahan, jadi biarkan saja begitu selagi masing-masing bertimbangrasa dengan orang lain. Jika perokok merokok di tempat yang sesuai, dia mempunyai hak untuk menikmati saat itu. Hanya 10% pengidap kanser paru-paru disebabkan oleh rokok, malah tiada bukti kukuh mengatakan ianya semata-mata kerana merokok. Mungkin juga merokok boleh memendekkan jangkahayat seseorang, tetapi depression, kemurungan, stress serta ketidakbahagiaan juga banyak menyebabkan penyakit dan kematian. Suka atau tidak merokok adalah salah satu pemangkin untuk buat hidup lebih bermakna, sepertimana minum kopi, sex, judi, arak dsb. Semua ini dianggap 'vices' oleh masyarakat dan membawa kemudaratan dalam jangkamasa panjang. tetapi kepada mereka yang 'enjoy' benda-benda ni, inilah alasan untuk mereka terus hidup. Kenapa perkara ini tiada kefahaman dalam masyarakat kita? Tempat kita hidup ini dinamakan dunia, bukan syurga para maksum. Masyarakat sepatutnya mengelak dari mengutuk para perokok, malah amat baik disediakan lebih banyak tempat merokok di bangunan-bangunan dan tempat-tempat awam. Pendapat saya ini adalah elok digunapakai untuk masalah-masalah kronik dalam masyarakat sekarang seperti, kes dadah, buang anak, mabuk, rempit dsb. he he he wallahuaklam.....